Thursday, December 4, 2008

Egois

This is my first time writing a poem in Malay language. I don't know why i write this poem, to be frank, it's just that i needed something to convey my feeling, something worth more than words from mouth can say.


Mengapa terlalu egois insan?

Tatkala merenung masa depan yang hiba,

Mengapa membisu seribu bahasa?

Bukankah kesalahan dulu telahpun diampuni?


Mengapa kau ulangi kesalahan itu,

Bukankah telah diungkapkan dahulu?

Mengapa tidak amarahku membuak?

Kerana api malapku kau semburkan minyak.


Bersih suci hatimu dulu,

Bagai cindai putih tiada hiasan,

Bak kata peribahasa melayu,

Kerana setitik nira rosak susu sebelanga.


Sempat kau bersujud wahai insan,

Merenung keatas Yang Maha Esa,

Masih hati memandang hina,

Dengan kehadiran kudrat disekelilingmu.


Masih lagi egoismu itu?

Terperuk di dalam kotak hatimu?

Guna kotak diatas kepalamu,

Bukan yang ada didalam dadamu itu.


Ya, aku juga sedar siapa diriku,

Tidak kurang sama denganmu,

Biarlah pena hatimu berhenti menulis,

Tiraikan noktah, dan sembuhkan hatimu yang terhiris.

No comments: