Monday, April 27, 2009

48 jam yang tersibuk (Kesinambungan daripada 'Is Life Fair?')

24 April 2009

Petang

Hatiku berkobar-kobar untuk pulang ke Kuching, semuanya telah ku atur. Aku akan bertolak menggunakan bot ekspres pukul 3:15 petang bersama-sama dengan Michelle, satu-satunya rakan yang aku kenal dari Kuching. Pagi itu, Cel menghantar sms kepadaku untuk memaklumkan bahawa dia telahpun membeli tiket bot balik ke Sibu. Penerbanganku keesokan pagi ialah pada pukul 11:30 pagi seperti biasa. Dan aku merencanakan untuk bermalam di rumah Galvin sahaja malam ini, kerana nak ‘save’ bajet untuk tinggal di hotel. Tambahan pula, aku dan Gal sudahpun mempunyai ‘plan’ tersendiri untuk malam itu. Sebotol JD yang masih penuh dan 6 tin beer tengah menunggu di dalam peti sejuk Gal, pikiranku mulai melayang memikirkan betapa enaknya beer sejuk apabila diteguk.

Dalam kesibukan aku menyiapkan kerja terakhirku di dalam pejabat tiba-tiba aku menerima sms dari Cel. Lalu aku memandang jam tanganku yang menunjukkan pukul 2:45 petang. Kami berdua Cel berjanji untuk bertemu di BSN sebelum bertolak ke Sibu. Lalu aku kemaskan mejaku dan bersiap-siap untuk turun dari pejabat. Dalam pada masa itu juga aku menerima faks yang menyatakan ada mesyuarat akan diadakan pada keesokan harinya dan aku harus menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Aku bertanyakan kepada staf aku tentang perkara tersebut lalu aku diberitahu aku tak perlu risau sangat lalu aku pun dengan selambanya turun ke wharf bersama Cel untuk bertolak ke Sibu.

Selang beberapa minit selepas kami bertolak dari wharf, aku menerima panggilan dari bos yang ‘memberus’ku dengan ‘clorox’ dan memberitahuku bahawa aku diwajibkan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Tetapi sebelum itu ada juga perbualannya dengan nada yang ‘lain macam’ membuatkan aku sedikit terkilan. (Sebenarnya kalau nak diceritakan panjang juga part ni, tapi kalau nak diceritakan pun tak berbaloi, yang sudah tu sudahlah.)Dipendek cerita, akupun dengan tidak membantah mengatakan aku akan menghadiri mesyuarat dan membawa pembantuku bersama. Sejurus selepas itu, aku membuat panggilan kepada pembantuku untuk menyediakan dokumen-dokumen yang perlu ke mesyuarat tersebut dan mewajibkan dia untuk datang bersamaku. Emosiku terganggu seketika, aku cuba merehatkan minda cuba bertenang.

Kalau nak dipikirkan sebenarnya rancangkanku untuk balik telahpun rosak dan aku perlu merancang perjalanan aku lagi pada hari itu. Aku memberitahu Cel tentang mesyuarat tersebut yang aku perlu turun lagi ke stesen pada keesokan harinya. Cel memandangku dingin, mungkin dia sendiri pun masih terkejut dengan berita itu. Aku memberitahu Cel yang aku akan turun lagi keesokan hari dengan menggunakan bot yang paling awal dari Sibu iaitu pukul 5:45 pagi. Semasa perjalanan, aku cuba menghabiskan masa perjalanan dalam bot dengan membaca novel yang kubawa sementara Cel pula melelapkan matanya (Pun begitu, hatiku tetap tidak tenteram. Pikiranku masih lagi memikirkan tentang kerja).

Aku menelefon keluargaku untuk meminta menundakan tarikh tiket penerbanganku untuk keesokan hari kerana jadual perjalanan kapal terbangku ‘clash’ dengan masaku untuk mengadakan mesyuarat. Mak yang mengangkat telefon menanyakan “mengapa?” lalu aku menerangkan segalanya. Daripada memberi sokongan moral mak dengan melulu ‘menjatuhkan’ sebutir bom atom seperti yang berlaku di Hiroshima keatasku. Aku tersentap seketika, mak menyuruhku memberitahu bos yang aku telahpun membeli tiket penerbangan untuk keesokan hari dan aku juga disuruh untuk meneruskan sahaja hajatku untuk balik. Aku tegar, dan memang selalu dimarahi oleh mak sejak kecil lagi, aku buat tak endah sahaja amarah dia itu. Tidak lama kemudian, ayah menelefonku untuk bertanyakan perkara yang sama. Malangnya aku diberitahu bahawa aku perlu ke lapangan terbang atau agensi perlancongan terdekat, sekiranya aku ingin membuat penukaran tiket dalam tempoh masa kurang dari 24 jam. Pada masa itu, aku hanya berserah sahaja kalau-kalau aku terpaksa redha dengan melepaskan RM80++ yang aku gunakan untuk membeli tiket penerbangan aku itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya aku menahan emosiku yang terumbang-umbing pada masa itu.

Walaupun duduk bersebelahan, kami berdua Cel tidak bercakap sehinggalah bot kami singgah di perhentian Song. Selepas membawa beberapa penumpang dari Song, bot bertolak lagi menuju ke destinasi. Pada masa itu, aku meletakkan balik buku novelku ke dalam beg dan Cel pula baru bangun dari tidurnya. Pada waktu itulah juga aku memberitahu kisah babak-babak hidupku dan kerjaku kepada Cel. Bagiku mungkin dia lebih mengerti dengan jurusan psikologi yang ada mungkin dia boleh membantuku. Kami berdialog panjang tentang kisah-kisah hidup yang kami harungi. (Kalau nak diceritakan part ini pun panjang juga, jadi aku pendekkan sahaja ceritanya) Terima kasihlah pada Cel kerana sudi mendengar keluhanku hari itu.

Dua jam lebih kemudian, kami pun sampai di wharf Sibu. Lalu aku menelefon Gal untuk menjemputku dengan lekas. Gal muncul beberapa minit kemudian dan aku berpisah dengan Cel setakat di wharf sahaja kerana Mel akan menjemputnya kemudian. Masuk sahaja ke dalam kereta Gal, aku terus mengarahkannya untuk mencari travel agent terdekat di pasar Sibu. Sambil mencari aku menceritakan Gal segala yang berlaku dari A sampai Z. Dalam pencarian kami kami dapati kebanyakan kedai agensi perlancongan telahpun tutup (mana taknya, jam pun dah menunjukkan pukul 5 petang). Sesampai sahaja ke lokasi ketiga travel agent aku memutuskan untuk berputus asa sahaja. Aku redhakan sahaja duit yang aku gunakan untuk membeli tiket dari Sibu ke Kuching.

Malam

Malam itu aku makan malam bersama-sama dengan Cel, Mel serta beberapa rakan yang lain manakala Gal pula terpaksa menghadiri makan malam yang dijemput oleh seseorang. Habis makan malam Gal menjemputku di restoran dimana aku bersantap dan terus kami menuju balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah kami melahap beer dan JD. Kami sempat bersembang-sembang sekejap sehinggalah aku ‘peng’ terbaring diatas tikar yang aku sediakan di ruang tamu. Aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu, yang aku tahu tidak lama selepas itu Gal bangunkan aku dan memberitahuku untuk tidur di bilik tidur. Aku dengan keadaan separa sedar mengheretkan diri ke bilik tidur dan meneruskan aktiviti rehatku malam itu.



25 April, 2009

Pagi

Tepat pukul 4 pagi aku bangun dan mandi lalu Gal menghantarku ke wharf pada pukul 5:15 pagi. Selepas membeli tiket aku terus masuk ke dalam bot dan menyambung aktiviti tidurku. Tiga jam perjalanan aku rasa cukup bagiku untuk merehatkan mataku sekejap. Dalam pada masa itu juga pembantuku juga menaiki bot yang sama dan kami sempat bertegur sapa sekejap. Sepanjang perjalanan aku langsung tidak sedarkan diri sehingga sampai ke destinasi.

Sampai sahaja di stesen aku terus menuju ke pejabat dan kebetulan beberapa orang staf aku tengah bekerja lebih masa. Segala dokumen yang perlu telahpun disediakan oleh stafku yang kuarah kelmarin, aku cuma perlu membawanya sahaja. Pada masa itu, fikiran ku cuma satu, iaitu untuk menghabiskan masa mesyuarat itu sahaja.

Mesyuarat bermula pukul 10:30 pagi dan perbincangan berlangsung selama 2 jam lebih. (part ni boring sikit, jadi tak payahlah nak terangkan). Sejurus selepas mesyuarat aku dan pembantuku terus makan tengahari dan aku memberitahu yang aku akan balik ke Sibu dengan menggunakan bot yang bertolak pukul 1:45 petang. Genap jam tersebut aku pun bertolak balik ke Sibu, bila difikirkan memang kerja gilalah ulang-alik macam ni. Aku sekali lagi meminta Gal untuk menjemputku pada pukul 4:00 petang.

Petang

Semasa dalam perjalanan, aku berfikir sama ada untuk balik menggunakan bas pada hari itu juga ataupun balik menggunakan kapal terbang keesokan harinya. Mak sempat menelefonku semasa dalam perjalanan menanyakan bagaimana aku balik. Dia memberitahuku bahawa ayah tidak kisah untuk menjemputku di terminal bas sekiranya aku balik memakai bas awal petang dan sampai di Kuching tengah malam. Aku memberitahu mak yang aku belum membuat keputusan lagi. Aku tidak dapat mencapai kata putus, lalu aku berfikir ‘whatever’ lah. Kepala otakku malas dah nak berfikir masa itu, jadi aku hanya menantikan sekiranya ada mukjizat yang menimpaku tiba-tiba dan memberikan aku petunjuk.

Sampai sahaja aku di Sibu, Gal menjemputku. Lalu aku dengan selamba memberitahu Gal untuk menuju ke lapangan terbang untuk menanya sekiranya ada tiket pada malam itu. Perbuatan yang spontan itu sedikit mengejutkan aku kerana aku tidak pernah terfikir pun untuk balik menggunakan kapal terbang kerana aku memang hendak menggunakan bas. Mungkin disebabkan hatiku terlalu nekad untuk balik membuatkan aku berkeputusan untuk memakai kapal terbang sahaja. Sebaik sahaja sampai di lapangan terbang, aku disenaraikan di dalam ‘stand-by’ dan diberitahu untuk datang kembali pada pukul 7:45 malam.

Malam

Selepas makan malam dan mandi sekejap, aku dan Gal menuju ke lapangan terbang semula malam itu, untuk menyemak semula sama ada terdapat kekosongan tempat dalam perjalanan balik ke Kuching. Sesampainya aku dan Gal di airport aku terus menuju ke kaunter untuk perlepasan segera. Pegawai bertugas yang ku temui lewat petang tadi mengecam mukaku lalu terus menyapaku dengan panggilan namaku. Aku dimaklumkan bahawa terdapat tempat kosong dan aku menempah terus tiket untuk perlepasan segera. Tepat pukul 8:40 malam aku bertolak dari Sibu, dengan menggunakan maswing. Hatiku berasa lega sekali kerana akhirnya dapat pulang ke Kuching pada hari yang dirancang. Dan aku rasa inilah pertama kali aku merasakan 48 jam masaku yang tersibuk.


Friday, April 24, 2009

Is life fair?

I was on my way back to Sibu to catch my flight tomorrow morning together with Michelle when suddenly I received a call. The person on the other line told me that i am required to attend a meeting tomorrow back at my station. I was speechless for a while, then i thought, " It is just a meeting, I can always go back to Kuching the next day". The worse part of it was the money that i use to buy my ticket would be a waste, plus I had everything planned...

Come to think of it, i was a little bit upset and angry. But a responsibility is a responsibility, so I am going to take the earliest express boat from here tomorrow and buy myself a new ticket on Sunday.

Saturday, April 18, 2009

Updating

April 18, 11:34pm

Just finished watching AF on TV and was thinking of writing something on my blog before I’m off to bed. Qhaud is out tonight but I am not surprise because he has been on the bottom list for few weeks in a row. Overall the performance tonight was satisfactory, but I was expecting an extravagant performance from the contestant since they are doing it with a live band accompanied by the original singer. As much I hate to say it, Isma did a very good performance tonight. Her lively performance makes her look like she is part of the group band, except that her stage appearance was lacking of energy. I think the best stage appearance is Aril, where he is able to draw the crowd’s attention. Of the entire concerts from Hafiz, this is the one that I think he didn’t really put up to his best. Just like the judges said, perhaps he is “too cute” for this type of song that he can’t pull it off with his character. Similarly, Claudia’s performance was not up to my expectation. The only thing that she never fail to amaze me is her showmanship, which is very good.

Okay, enough of AF, I was never a big fan of AF until now. But what choice do I have when all my cousins enjoy watching them. I do not have the mandate to hold the remote control and they outnumbered me so I better keep my mouth shut.

To date, this is my forth month in Kapit and I have been coping up well with the environment. The night here is quiet and peaceful; except that there are vast number of cicadas here which would annoys you every time you were in the middle of doing something under the light. Very often I would find them trapped in the toilet in the morning and that disrupt my appetite of doing my early morning business. Other than that, I enjoy the sightseeing here especially during sunset, where all the green that covers the hill would turn into a breathtaking golden color. If you are lucky enough, you could even see sun rays peeking through the tree branches and leaves or behind the hill and beneath the clouds, just like a luminous halo on an angel’s head I saw on my late grandfather’s painting when I was young.

Yesterday night, I had dinner with Michelle. A friend of a friend I met last year. Our fate has brought us to work to a place far from civilization where she is posted here just a few weeks ago. We had a fantabulous dinner in a not-so-grand-but-just-nice coffee shop along Jalan Selirik just a few miles from where I stay. By the way, she mentioned to me that she is also a blogger which linked to Mel, I better checked her web later.

I haven’t heard so much from my parent and sisters last week. All I know is that big sis might going to have a baby girl. Mum and dad are fine too, and as for lil’ sis, she is still waiting whether she will be admitted to continue her study or not.

Work wise, I'm currently quite busy with 2 major event that is going to be held in conjunction with World Forestry Day. There are few things to follow up next week and a meeting to attend.

P/s:...err...I love m life here....

Wednesday, April 15, 2009

Out of the blues

My head felt a little bit stuffed, i don't know if it's because I am overslept or it's just in my mind.

The internet connection is very slow today, a pity condition where a workplace should be provided with the best internet connection, unfortunately not for us. Even some of our work have to be halt for a while especially those who are in need of the connection for a direct contact via internet line.

I hardly do my house chores these days, except for laundry. What i meant "house chores" here is doing my room clean up. Back when i was at home, every once in a while I would move the furniture in my room to get a new "Feng Shui".

This year, I am planning to do a major changes to the room, I want to;
- Buy an at least 6 feet multilayer bookshelf because I need a bigger room for my books and novels to fit in.
- Dismantle my bed because dust and unwanted books of all sort are crowding underneath it.
- Paint my room, with a warm and vibrant color.
- Give away my 2 years old desktop together with the table to my little sis because I reckon that my lappy would be more convenience to use, and plus I can save some space in the room.
- Donate some of my old clothes in the closet because I would need a smaller, modest size one to fit in my room.

Apart from that, I couldn't remember when was the last time I hit the pave way for a jog, play the DVD for a TV instructed aerobic, and touch my dumbell for a for all kinds of press.


Tuesday, April 14, 2009

I need a change

I've been thinking lately that I need a change, a lot of changes:

1) I need a new look, perhaps a new hair cut will do. I miss my rugged style, with all the earings and the one on my eyebrow.

2) I need a new things to do. Routine work make me sick, I must admit that. I need work that can develop my brain, not the one that require you to do the same thing everday.

3) I need to start doing some workout. I think the flabs under my skin are building up, especially the one on my belly. Hurm...

4) I need to laugh more often. So I happen to bought this novel "My Godawful Life" from Sunny McGeary. I found that the book was rather entertaining because some part of the story was funny and laughable.


P/s: I miss my life in Kuching, damn it!

We were broke, but we still had fun!

Last week i had a week break (so-called) in Kuching, in which i had to attend courses held in HQ. It was nice to see some old friends that was attached together back then when we had our training together.

By the way, that's not i want to talk about here. Apart from the courses thingy, i manage to meet the clan almost the whole weeknight. During weekend, we went to our usual hang out place and hit ourselves with a bottle of Vodka Mango. Although our cash spending plummet greatly lately, but we still manage to have fun and enjoy ourselves through the night.