Sunday, June 14, 2009

Life, Love, family and relationship

Rasanya sudah lama aku tidak menyentuh laman blog ku ini. Kali terakhir aku mencoret cebisan hatiku adalah lebih daripada sebulan yang lalu. Aku terlalu sibuk sejak beberapa ketika ini. Sibuk dengan kerja, kehidupan, perhubungan dan juga keluarga. Lantas, dalam kesibukan aku mengejar masa untuk memenuhi kesemua yang aku katakan tadi, pelbagai liku-liku kehidupan yang aku tempuhi, ada berita sedih, ada juga berita gembira. Tetapi yang pasti, aku tetap bersyukur kerana aku masih bernafas, dapat meneruskan kehidupanku seperti biasa, dan juga mengejar cita-citaku yang telah lama aku impikan selama ini.

Gawai yang lepas disambut seperti biasa saja, tidak terlalu meriah dan tidak juga terlalu bosan. Kunjungan kami sekeluarga cuma dikalangan orang-orang terdekat dan juga jiran-jiran di kampung. Seperti biasa hari pertama dan kedua, kebanyakan masa dihabiskan untuk minum-minum sampai mabuk, aku juga tidak terkecuali. Disaat gawai disambut, keluargaku juga dikhabarkan dengan berita gembira yang mana kakakku telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Amanda Elsy. Baru berusia beberapa minggu, dengan berat hampir 3 kilo, Amanda mempunyai rambut yang lebat dan juga aktif bergerak. Nampaknya hajat kakak untuk gawai bersama tahun ini tidak kesampaian kerana dia terpaksa menghabiskan masa pantangnya di Bintulu.

Selang beberapa hari selepas gawai disambut, kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaraku di Sri Aman. Dalam perkiraan aku, dialah saudara perempuan terakhir yang sama “batch” dengan usiaku yang melangsungkan perkahwinan untuk dekad ini. Rasanya untuk menunggu saudara perempuanku yang lain masih ada lebih 5-8 tahun lagi kerana kesemuanya masih lagi bersekolah. Amat menakjubkan dimana kesemua saudara-mara tidak kira dekat ataupun yang jauh dijemput untuk memeriahkan suasana pada malam itu. Bukan apa, majlis berlangsung di restoran, jadi panorama sebegitu jarang aku alami, apatah lagi apabila kesemua saudara sebelah mak yang datang tidak kiralah dari Malaya ataupun dari utara Sarawak. Ada yang aku kenal, ada juga yang aku tidak kenal dan langsung berkenalan pada malam itu.

Perhubunganku dengan rakanku kini kurasakan semakin renggang. Tetapi yang pasti aku merindui seseorang… Michelle, rakan yang aku kenal semasa di Kapit. Aku merindui dia kerana aku berasa seronok sekali bila menghabiskan makan malam dengannya dan menempah “sotong goreng butter” dan juga “babi hutan masak halia”…yum..yum…tidak lupa juga “daging rusa masak kicap”. Hanya di Kapit sahaja makanan eksotik sebegitu dihidangkan dengan harga yang jauh lebih murah dan berpatutan berbanding Kuching. Cel, kalo ko makan makanan eksotik yang aku sebutkan tadi nyagkong k (meleleh dah air liur ni…slurrrp!).

Aku tidak tahu-menahu tentang khabar dari rakan-rakanku yang lain sejak kebelakangan ini. Kali terakhir aku dengar khabar dari rakan baikku adalah seminggu sebelum gawai. Itupun berjumpa sekadar untuk memenuhi permintaan untuk “berjumpa” sahaja. Belum hangat lagi kerusi yang aku duduk terus dia meminta diri. Kelakuannya juga pelik sejak kebelakangan ini, aku tidak berani komen, hanya aku merasakan jarak kami berdua sekarang amat jauh. Cuma aku berharap dia tidak lupakan kawannya yang lain, itu sahaja.

Pehubungan peribadiku pula tidak jauh berbeza. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya dimana silapku. Tetapi semua yang terjadi serba sedikit mengajarku erti waspada di harimuka. Aku redha dengan segala yang berlaku, tetapi aku tidak akan putus untuk merenung keatas dan meminta petunjuk dariNya.

Kerjaku pula semakin mencabar dari hari ke hari. Baru sahaja kelmarin integriti perkerjaanku dipersoalkan oleh rakan sejawat. Aku serba sedikit terkejut, tetapi mengambil iktibar daripada komennya yang mengatakan bahawa kerjaku “behind schedule”. Cuma satu yang ingin aku perkatakan disini, aku tidak bekerja dengan memakan gaji buta. Dan tidak bekerja setakat untuk “menghabiskan” kerja tanpa menghiraukan kepuasan pelanggan. Aku hairan, dan tertanya-tanya sekiranya senario bekerja di tempat kerjaku kini hanya untuk “menghabiskan” kerja sahaja? Bagaimana pula dengan masalah pelanggan yang datang? Adakah itu diambil kira? Aku rasa tidak, sebab itulah mereka mempersoalkan jadualku kerana banyak menghabiskan masa untuk melayan masalah pelanggan. Kalau ikutkan perasaan aku ingin sekali “menembak” balik rakanku itu, tetapi aku kawal perasaanku. Baiklah, jika sekiranya mereka merasakan kerjaku “behind schedule”, tengoklah nanti aku pecut macam “bullet train’ sampai juling mata pelangganku.

Cuma aku berharap lain kali dia jangan “keypo” sangat nak komen-komen tentang kerja orang lain, cermin muka tu dulu! Kalau ikutkan dari segi akademik, aku dengan dia tidak setaraf langsung. Aku lebih bijak mengatur strategi untuk meng”improve”kan kepuasan pelanggan sedangkan dia hanya tahu untuk memakan gaji buta sahaja, jadi jadualku mungkin berbeza daripada yang lain.

Kehidupanku pula kurasakan semakin membaik dari hari ke hari. Cuma sekarang aku jarang berkunjung ke rumah Tuhan. Aku tahu “sibuk” bukanlah satu alasan yang baik. Mungkin Ahad ini aku luangkan masa dan pergi menunaikan hajatku. Keadaanku pula...semakin gemuk semenjak gawai, mungkin selepas ini aku patut “exercise” sedikit untuk menbuang lemak berlebihan.

3 comments:

Anonymous said...

just dropped by.... such a nice blog and this entri mcm best jer....selamat hari gawai..kira x terlambar lagi kot...hehe

Jer said...

Thanks, happy gawai to you too.

Anonymous said...

Life is all about discovering new things as we grow.